Monday, July 27, 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN IKUT KAJIAN DATO' DR HJ FADZILAH KAMSAH

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik


--------------------------------------------------------------------------------

^ Kembali ke atas ^

Sunday, July 26, 2009

Hari ni semua yang kerja kerajaan mesti dah masyuk.... Memang cost of living kat KL nie semakin hari semakin up.. So kenalah pandai-pandai menteri kewangan rumahtangga ni pandai buat bajet untuk belanja seharian untuk makan anak beranak. Panduan untuk buat bajet bulan :

  1. tengok semua pendapatan yang kita dapat bulan tu

  2. simpan 10% dari pendapatan kita

  3. listkan semua hutang piutang kita,etc kad kredit, nak bayar bibik, tambang bas...

  4. then withdraw duit anda dari bank

  5. selalunya sama akan siapkan sampul2 untuk setiap bajet yang telah ditetapkan cth 1 sampul untuk belanja pasar, 1 sampul untuk bayar tambang bas sekolah anak dll.

  6. kalau dah abis buat semua tu wang lebihan tu bolehle kita enjoy.

  7. jangan sampai pendapatan jadi negative sudah le..

selamat buat bajet..


amalkan solat dhuha tiap-tiap hari dan baca doa supaya dapat bayar hutang dan ayat seribu dinar.. Insya Allah.




Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.


Tuesday, July 21, 2009

ANGGOTA SUJUD

mari kita sama-sama semak betul tak apa yang kita lakukan dalam solat kita tiap-tiap hari....
Nabi SAW menyebut anggota sujud ialah tujuh anggota, antaranya
1.dahi
2. dua tapak tangan
3.. kedua lutut
4. Kedua perut ibu jari kaki.

Wallahualam

Monday, July 20, 2009

KURSUS HAJI

KURSUS HAJI INTENSIF.

Minggu ini aku 2 hari aku menghadiri kursus haji intensif di Dewan Besar Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Selama 2 hari ni, apa yang telah aku pelajari dalam kursus haji selama 17 siri telah dirangkumi dalam 2 hari ini. Hari pertama, Sabtu, 18.07.09 mula dengan pendaftaran dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang kami semua bakal jemaah haji yang terpilih dan standby diberi penerangan yang lengkap tapi ringkas oleh Ustaz Tuan Haji Mohd Yassin Salleh. Aku rasa betul-betul faham dengan penerangan yang diberikan. Tak boring dan oklah ustaz tu buat lawak. Kelas yang dari awal pagi hingga ke petang nampaknya cukup memberi ilmu yang bermanfaat khasnya dalam bab haji ni. Aku berniat macam nak buat haji ifrad-haji yang paling afdal dari tiga jenis ibadat haji iaitu haji ifrad, tamattuk dan qiran. Rata-rata yang aku tanya kat jemaah ari tu semua naik buat haji tamattuk. Haji tamattuk ni kata ustaz, pilihan haji jemaah dari Malaysia.tu pun kalau aku dapat penerbangan akhir ke Tanah Suci. Insya Allah aku hanya berharap dan berdoa mudah2an Allah kabulkan. Amin

Penerangan Mengenai Ibadat Haji


Haji Bermaksud : “ Mengunjungi Baitullah al-Haram dalam bulan-bulan Haji kerana mengerjakan Tawaf, Saie dan Wuquf di Padang Arafah (manasik haji) ”

Haji merupakan ibadat Islam yang merangkumi aspek Hati ( ruhiyyah ), Jasad ( jasadiyyah ) dan Harta ( maliyyah ).

1 – Gambaran Dan Kedudukan jemaah haji.
2 – Ganjaran Haji Mabrur.
3 – Aspek Pengorbanan dan Kesabaran yang perlu dimiliki oleh setiap jemaah dan petugas haji.

GAMBARAN DAN KEADAAN JEMAAH HAJI

Dalam Surah al-Hajj ayat 27-28 memberikan gambaran perintah menunaikan haji dan tindakbalas manusia terhadap seruan berkenaan :

وَأَذِّن فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ
عَمِيقٍ (27) لِيَشْهَدُوا مَنَـفِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُواْ اسْمَ اللهِ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَـتٍ

Bermaksud : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh (27) Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan meyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu…. (28)

Setelah Nabi Ibrahim as selesai membina Ka’abah, baginda diperintah untuk memanggil seluruh manusia untuk menunaikan haji. Lalu Baginda naik ke atas Jabal Abu Qubais dan melaungkan : “ Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu untuk menunaikan haji ke rumah ini, agar kamu memperolehi ganjaran syurga dan menjauhkan kamu dari azab neraka. Maka tunaikanlah haji. ” Seruan ini dijawab oleh setiap orang yang masih berada dalam sulbi bapa mereka dan rahim ibu mereka dengan ucapan “ لبيك اللهم لبيك ”

Gambaran-gambaran kehadiran manusia setelah seruan haji oleh bapa para Anbiya’ :

1-Kedatangan jemaah haji secara berjalan kaki.

2-Menaiki unta yang telah kurus yang datang dari pelbagai ceruk yang jauh. Unta yang dijadikan untuk permusafiran biasanya adalah diantara unta yang terbaik, sihat dan kuat. Disebabkan perjalanan haji yang sulit dan jauh, lalu Allah mengambarkan unta sebagai kenderaan manusia zaman dahulu turut mengalami kesukaran dan kesulitan hingga menjadi kurus dan lemah, apatah lagi kesukaran yang dihadapi oleh manusia yang sudah tentunya lebih lemah daripada kenderaan itu.

3-Rasulullah s.a.w mengambarkan bahawa jemaah haji yang sedang berihram itu dalam keadaan “ أَشْعَتُ أَغْبَرْ ” iaitu dalam keadaan kusut masai, badan berdebu dan rambut menggerbang tidak berminyak.

Dengan itu persediaan mental dan fizikal akan disediakan dari awal, bagi menghadapi kesukaran yang akan berlaku. Bagaimanapun segala apa sahaja persediaan yang diatur itu, hanyalah untuk meminimumkan kesukaran sahaja, bukannya menghapuskan terus kesukaran berkenaan.

KEDUDUKAN JEMAAH HAJI

1-Disisi Allah jemaah haji diberikan kedudukan yang amat tinggi.

2-Rasulullah s.a.w menyifatkan jemaah haji sebagai tetamu Allah. Kedudukan mereka disamakan dengan kedudukan para pejuang di jalan Allah.

3-Disamping itu keistimewaan lain turut diberikan di mana sekirannya mereka berdoa, ia akan dimakbulkan dan jika mereka meminta ia akan dikurniakan.

- Rasulullah s.a.w bersabda :

الغَازِي فِى سَبِيلِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَالْحَاجُ وَالْمُعْتَمِرُ وَفَدَ الله :
دَعَاهُمْ فَأَجَابُوهُ ، وَسَأَلُوهُ فَأَعْطَاهُمْ .

Maksudnya : Para pejuang pada jalan Allah Azza Wajalla, jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah, jika mereka berdoa ia akan dimakbulkan dan jika mereka meminta ia akan diberikan.

- Keistimewaan yang diberikan kepada jemaah haji ini adalah bersifat umum walaupun Imam Nawawi menyatakan bahawa doa yang dimakbulkan di sini adalah dimaksudkan bagi haji yang mabrur sahaja.

GANJARAN HAJI DAN SYARAT GANJARAN

1-Amalan haji yang diterima oleh Allah adalah Syurga.

- Rasullullah s.a.w bersabda :

العُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا . وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ ، لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ .

Maksudnya : Antara satu umrah dengan umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya. Manakala haji yang mabrur, ganjarannya hanyalah syurga.( Sahih Muslim Syarah Nawawi : Bab Fadlu al-Hajj wa al-Umrah )

Ganjaran yang dijanjikan itu adalah terikat dengan syarat-syaratnya, berdasarkan Firman Allah s.w.t yang tegas dalam ayat 197 Surah al-Baqarah ;

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَـتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِى الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَـأُوْلِى الأَلْبَبِ (197)

Terjemahan : ( Masa untuk mengerjakan ibadat ) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ( dengan niat mengerjakan ) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal itu ialah memelihara diri ( dari keaiban meminta sedekah ) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal ( yang dapat memikir dan memahaminya ).

2-Rasulullah s.a.w pula menegaskan ganjaran yang bakal diterima adalah sebagai keampunan segala dosa, dalam sabda baginda ;

مَنْ حَجَّ لِلَّهِ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّه . ( رواه إمام البخاري )
Maksudnya : Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, lalu dia tidak melakukan rafath dan fusuq, dia telah kembali sama seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.

3-Walaupun begitu semua ganjaran itu mestilah dimulai dengan ketulusan niat dalam menunaikan ibadat. Allah s.w.t berfirman ;

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ … ( البقرة 196 )
Terjemahan : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

- Gambaran mereka yang mendapat ganjaran, hasil daripada selesai melaksanakan amalan haji dan menghayatinya akan sentiasa ingat, rindu dan dekatnya diri kepada Allah, ini adalah merupakan bukti amalan berkenaan diterima oleh Allah s.w.t. Berdasarkan Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Baqarah ayat 198-200.

ASPEK PENGORBANAN DAN KESABARAN

1- Ibadat Haji merupakan suatu lapangan jihad, yang memerlukan pengorbanan kerana kepayahan dalam menunaikannya dan ganjaran yang sangat besar untuknya.

- Rasulullah s.a.w menyifatkan bahawa haji mabrur adalah suatu jihad dan tingkatannya amat tinggi bagi kaum wanita ;

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ يَا رَسُولَ اللهِ نَرَى الْجِهَادَ أَفْضَلَ الْعَمَلِ أَفَلاَ نُجَاهِدُ قَالَ لاَ لَكِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُورٌ .
Maksudnya : Daripada Aisyah ra katanya : Wahai Rasulullah, kami melihat bahawa jihad adalah amalan paling baik. Bolehkah kami berjihad ? Sabda baginda : Tidak, sebaik-baik jihad bagi kaum ( kaum wanita ) adalah haji yang mabrur.

Gambaran ini jelas menunjukan bahawa ibadat haji adalah suatu kesulitan dan kepayahan yang menghampiri kepayahan melakukan jihad. Ia memerlukan pengorbanan harta, masa, tenaga dan jiwa raga demi mencapai reda Allah dan memperolehi ganjaran besar yang dijanjikan.

- Persediaan Untuk Kesabaran

1-Persediaan ilmu, aspek kejiwaan dan persediaan harta secukupnya.

2-Ibadat Haji merupakan ibadat kemuncak di dalam Islam.

3-Ibadat Haji menghimpunkan amalan-amalan yang dijalankan sejak Nabi Adam as hingga Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai lambang kesatuan akidah dan kembalinya umat kepada asal usul penciptaan dan fitrah mereka.

4-Ibadat Haji bukti pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya.

- Penghayatan Amalan Membawa Kesabaran

1-Bermula daripada awal pemusafiran ke Mekah dalam keadaan berihram – tujuan utama adalah mendapat Keredaan Allah Dan Takwa. Segala cabaran, rintangan dan halangan akan dipandang ringan.

2-Pemukiman di Tanah Haram Mekah – nanti pula adalah suatu latihan persediaan untuk melakukan ibadat yang lebih besar. Ibarat orang yang keluar dari kubur menuju Mahsyar dalam keadaan kebingungan.

3-Wuquf di Arafah – adalah kemuncak lambang ketundukan dan persamaan semua manusia. Gambaran awal perhimpunan di Padang Mahsyar.

4-Perjalanan Menuju Muzdalifah Dan Mina – ibarat perjalanan mereka diteruskan dari medan penghakiman hari Kiamat setelah dijatuhkan hukuman. Mereka berada di Muzdalifah dan Mina adalah ibarat orang-orang bersalah dan berdosa sedang menunggu syafaat yang akan dianugerahkan oleh yang berkelayakan.

5-Mabit di Muzdalifah dan Mina – adalah suatu tanda kepatuhan mutlak kepada arahan dan perintah demi kurniaan keredaan Allah. Juga tanda kesyukuran setelah dikurniakan kelebihan, rahmat dan keampunan di Arafah.

6-Melontar Jamrah – adalah ibarat usaha untuk membebaskan diri daripada cengkaman hawa nafsu dan godaan syaitan disamping mengingati kisah Nabi Ibrahim as. Juga sebagai bukti dilontarkan keluar semua faktor kejahatan dan godaan dunia yang disebabkan oleh syaitan dari dalam diri.

7-Sembelihan Korban – sebagai tanda keikhlasan untuk Allah dan kesyukuran atas kurniaan menunaikan manasik, serta untuk membebaskan diri dari sifat kedekut dan bakhil. Juga sebagai mengenang kembali kisah penyembelihan Ismail as oleh ayahnya sendiri Ibrahim as.

8-Tawaf – adalah lambang kecintaan seorang hamba kepada Tuhannya dan mengagungkan Rumahnya. Dari itu hadirlah rasa pengharapan dan mengagungkan Allah serta bayangkan bahawa amalan ini adalah umpama tawaf para Malaikat di ‘Arasy.

9-Saie antara Safa dan Marwah – adalah ibarat berulang aliknya seorang hamba di halaman Rajanya ( Allah ) bagi menunjukkan keikhlasannya untuk berkhidmat. Juga umpama berulang alik seorang hamba di hadapan Mizannya pada hari Kiamat, apakah amalan baik atau buruknya yang lebih berat. Disamping itu sebagai memperingati kepayahan hidup Siti Hajar dan Ismail as semata-mata kerana mematuhi perintah Allah sewaktu ditinggal bersendirian oleh Ibrahim as.

10-Bergunting Dan Bercukur – adalah ibarat digugurkan segala maksiat dan dosa yang selama ini sudah sebati dengan tubuh badan.

11-Pantang Larang Dalam Haji – agar jemaah haji yang melaksanakan ibadat haji meninggalkan segala adat kebiasaan dan kemewahannya serta menanggalkan segala kebanggaan dan keistimewaannya berbanding orang lain. Dengan satu fesyen iaitu pakaian orang mati, dan melalui cara ini hati akan bersih, suci dan ia akan merasai hakikat pengabdiannya kepada Allah dan merasai rasa persaudaraan dengan manusia lain yang tiada tolok bandingnya.

-Melalui penghayatan dalam melaksanakan ibadat, kekhusyukan akan diperolehi, dengan itu segala kepayahan dan kepenatan akan menjadi ringan. Secara tidak langsung kesabaran akan datang dan ketenangan jiwa akan diperolehi.

KESIMPULAN

Haji merupakan Madrasah bagi membaiki semula diri manusia yang telah rosak sebahagian daripadanya. Sejak lahir manusia tidak pernah dibaiki dirinya secara menyeluruh melalui amalan yang melibatkan jasad, ruh dan harta. Ia adalah suatu latihan praktikal bagi membetulkan segala penyimpangan diri manusia, setelah sekian lama dilatih melalui sembahyang, puasa dan zakat, maka giliran haji tiba untuk membaiki diri manusia dalam suatu tempoh dan keadaan yang amat mencabar jiwa manusia.

Haji adalah bengkel pembaikan rohani dan jasmani umat Islam. Tanpa memahami tujuan haji disyariatkan, kesabaran dan pengorbanan tidak akan dimiliki dan janji syurga tidak akan diperolehi.


Friday, July 10, 2009

p:s Rebutlah

5 perkara sblm dtg 5 perkara
1. MASA HIDUP SBLM MATI
2. MASA LAPANG SBLM MASA SIBUK
3. MASA MUDA SBLM MASA TUA
4. MASA KAYA SBLM SUSAH
5. MASA SIHAT SBLM SAKIT

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini………. BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda,
"Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.